Personaliti popular Hollywood, Kylie Jenner berjaya 'menewaskan' kakaknya, Kim Kardashian di laman Instagram.

Terbaru, Kylie berjaya menyaingi Kim dengan pengikut di laman Instagram sebanyak 156 juta manakala Kim terpaksa berpuas hati dengan jumlah pengikut seramai 155 juta.

Difahamkan, Kylie telah lama menyimpan angan-angan untuk menewaskan kakaknya dari segi populariti di laman sosial terbabit.

Kim juga tidak mahu kalah dan mereka sering bersaing untuk menyaingi populariti masing-masing di internet.

Mula popular menerusi siri Keeping Up with the Kardashians, populariti keluarga mereka meraih perhatian ramai pihak.

Sumber: TimesLIVE