Pelakon Tya Ariffin mengajar anak perempuannya, Azzahra Jiwa Asyraf memakai tudung.

Menurut Tya, walaupun masih kecil namun aktres cantik ini mahu menerapkan nilai murni supaya anaknya memahami dan menghormati majlis yang mempunyai tema tertentu.

“Majlis iftar bersama keluarga. Alhamdulillah tudungnya bertahan sampai pulang. Ara ini sebenarnya peribadinya agak lebih keras daripada abang. Dia ini akan ikut apa yang dia nak.

“Ada majlis berbuka, jadi Tya nak dia pakai tudung untuk hormati majlis juga. Walaupun pada awalnya berkali-kali pujuk, dan berjaya,” kongsinya.

Tya juga menyatakan rasa syukur kerana Azzahra mendengar kata dan berjaya bertahan sehingga majlis selesai.

“Ara nanti pakai tudung sampai balik okay. Dalam hati, mesti sampai rumah Mak Iti dah confirm buka, lagi-lagi ada sepupu.

“Alhamdulillah sangkaan itu salah. Ara berjaya pakai tanpa buka sampai majlis selesai.

“Sekarang tukarlah persepsi Ara ni agak keras, sebenarnya dia ini jenis ikut cakap juga macam abang hehe,” coretnya.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya terpegun dengan kecomelan Azzahra memakai tudung.

Tya dan Asyraf Khalid mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa Asyraf.