Laman Utama

Berkerusi Roda, Ramai Tebak Neelofa Mengandung Lagi - "Memang Perasan Perut Dia Besar..."

gempak
Syafiqah Jalal
02/12/2022
00:43 MYT
Sponsor Banner
Berkerusi Roda, Ramai Tebak Neelofa Mengandung Lagi - "Memang Perasan Perut Dia Besar..."
Keadaan selebriti popular, Noor Neelofa berkerusi roda ketika tiba di tanah Brunei mencetuskan tanda tanya.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh peminatnyanya menerusi Instagram (IG) Lofa World, Neelofa disorong suaminya, PU Riz atau Haris sebaik sahaja tiba di negara itu.
Dalam video berkenaan Neelofa disambut ramai yang hadir menanti ketibaannya.
Menerusi komen entri berkenaan rata-rata memberi pembagai reaksi. Selain merasakan Neelofa ada masalah kesihatan ramai yang membuat andaian ibu kepada Muhammad Bilal itu sedang hamil.
"Firasat kita rasa di pregnant la," teka salah seorang netizen
"Kaki terpelecok kot," sangka salah seorang pengikut laman sosial.
"Rasa Neelofa pregnant lagi sebab memang perasan perut dia besar lately," komen salah seorang warga net.
Difahamkan Neelofa dan PU Riz ke Brunei untuk majlis sesi bual bicara motivasi di sana.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live