Laman Utama

Berkolaborasi Dengan Nama Besar Dalam Industri Muzik Antarabangsa, Sasi The Don Lancar Come Follow Me

gempak
Izwan Isa
07/04/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
Berkolaborasi Dengan Nama Besar Dalam Industri Muzik Antarabangsa, Sasi The Don Lancar Come Follow Me
Penyanyi reggae popular, Sasi The Don baru-baru ini membuat kemunculan kembali dengan meluncurkan single terbaharu yang berjudul Come Follow Me.
Dilancarkan pada 8 Mac lalu, single berkenaan diinspirasikan daripada usaha orang ramai dalam melawan pandemik yang memberi kesan kepada ramai orang sejak dua tahun lalu.
“Amat menyedihkan saat melihat orang ramai terutamanya anak muda yang bergelut dengan cabaran kehidupan.
“Saya percaya muzik mempunyai kuasa yang tidak dapat digambarkan untuk memberi semangat kepada para pendengar dan saya ingin menggubah sebuah lagu yang berintikan semangat, empati dan kekuatan.
“Menerusi bantuan rakan-rakan karib saya, Tomas, Martin, Bjorn, Sherilyn dan Sofie lagu Come Follow Me menjadi saluran yang tepat bagi mereka yang memerlukan ruang yang selamat untuk memperoleh inspirasi, motivasi dan semangat juang untuk terus maju walaupun berhadapan dengan cabaran,” ujarnya.
Menariknya, lagu ini merupakan adunan vokal padu Sasi, penyanyi tanah air, Sherilyn Marissakee dan penyanyi Sweden, Sofie Andren.
Sasi turut bekerjasama dengan penerbit terkenal Sweden, Tomas Gralind dan jurutera audio dari Cutting Room Sweden, Martin Ankelius serta calon Anugerah Grammy, Bjorn Engelmann yang mempunyai pengalaman bekerjasama dengan artis terkenal seperti The Backstreet Boys, Britney Spears dan Westlife.
Dalam pada itu, lagu Come Follow Me turut mendapat sokongan syarikat telekomunikasi popular, Digi Telecommunications.
“Kami menghargai usaha Sasi untuk mengadaptasi situasi kini dan memanfaatkan internet dan perhubungan, membolehkan kerjasama kreatif merentas sempadan. Sebagai penyedia perkhidmatan digital, inisiatif ini sejajar dengan usaha kami di dalam menyediakan perkhidmatan internet melalui hubungan menyeluruh.” ujar Lo Wei Tzen, Ketua Penjenamaan dan Media Digi.
Lagu Come Follow Me menerima lebih 300,000 jumlah tontonan di Youtube selepas 10 hari ia dilancarkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live