Gaya Hidup

Berlari Untuk Selamatkan Bumi, Adidas Move For The Planet Kembali Ke Tahun Kedua

gempak
Amri Hassan
14/05/2024
17:47 MYT
Sponsor Banner
Berlari Untuk Selamatkan Bumi, Adidas Move For The Planet Kembali Ke Tahun Kedua
Siapa sangka, dengan hanya menunjukkan sokongan dengan berlari, korang mampu untuk selamatkan bumi.
Tanpa kita sedar, kemajuan dan arus pemodenan telah mengubah landskap planet hingga impaknya seperti pemanasan global, banjir kilat dan cuaca ekstrem dirasai sendiri oleh kita sendiri.
Menyedari akan kepentingan menjaga bumi daripada terus musnah, Adidas menerusi kempen Save The Planet kembali lagi ke Kuala Lumpur untuk edisi kedua tahun ini!
Menerusi ARKL Move for the Planet - Night City Run, peserta yang hadir berjaya menghabiskan larian mengikut pace masing-masing sambil merekodkan catatan masa di aplikasi adidas Running App.
Berlangsung di MaTiC, Kuala Lumpur, lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam acara sekitar ibu kota Kuala Lumpur itu.
Biarpun bersahaja, masing-masing penuh bersemangat waja untuk menamatkan larian!

Apa itu adidas Move for the Planet?

Impak kolektif ini akan berjaya sekiranya lebih ramai tampil memberikan sokongan dengan melakukan aktiviti fizikal dalam pelbagi jenis sukan untuk mengumpulkan wang untuk pemuliharaan di kawasan yang terjejas akibat pemanasan global.
Sedar tak sedar sebenarnya impak cuaca ekstrem ini telah memusnahkan lokasi untuk orang ramai melakukan aktiviti bersukan.
Statistik menjangkakan pada tahun 2050 nanti, hampir satu per-empat stadium bola sepak yang menyaksikan perlawanan Liga Juara Eropah akan ditenggelami banjir.
Sementara kajian daripada UN menjangkakan hampir separuh daripada bandar-bandar yang pernah menganjurkan sukan olimpik musim sejuk tidak akan dapat menjadi tuan rumah lagi pada waktu sama pada masa akan datang.

Rakyat Malaysia sumbang RM323K

Untuk rekod, pada 2023, hampir satu juta orang mengambil bahagian dalam kempen Move For The Planet, 63.1% melakukan aktiviti larian, 17.9% berjalan dan 9.2% berbasikal.
Rakyat Malaysia pula telah menyumbangkan sebanyak 633,113 minit melakukan aktiviti tahun lepas, menjadikan jumlah sumbangan bernilai 63,311.30 Euro (RM323,651.85) kepada dunia.
Tahun ini, adidas telah mengembangkan lagi jenis aktiviti yang boleh disertai termasuklah bola sepak, berkayak, lompat tali, powerlifting dan banyak lagi.

10 hingga 22 Mei 2024

Sementara itu, pada tahun ini, setiap 10 minit pergerakan yang direkodkan menerusi aplikasi adidas Running App antara tarikh 10 hingga 22 Mei 2024, adidas akan menyumbangkan antara 1 Euro hingga 1.5 juta Euro.
Sumbangan itu akan digunakan untuk 'mengubah dunia', menerusi pendidikan tentang kelestarian dan penambahbaikan kemudahan agar lebih tahan berdepan ancaman cuaca ekstrim.
Bagi korang yang tak berkesempatan menyertai sesi pertama adidas Move For The Planet di Kuala Lumpur baru-baru ini, jangan risau, ada beberapa lagi acara yang korang boleh sertai.

ARKL Move For The Planet - Morning City Run

Pada 18 Mei 2024, peserta bukan hanya berpeluang untuk sama-sama berlari tapi juga akan belajar langkah ke arah kelestarian menerusi pengambilan makanan ke arah alam semula jadi lebih hijau.

Tarikh: 18 Mei 2024 (Sabtu) Waktu: 6 pagi - 10.30 pagi Lokasi: Laman Indera Kayangan, Marina Putrajaya

Kemeja-T Move For The Planet

Ahli adiClub dari Level 1 hingga Level 4 yang berjaya mencatatkan minimum 300 minit pergerakan menerusi aplikasi adidas Running App akan layak untuk menerima cenderahati kemeja-T.
Tarikh tebusan t-shirt eksklusif itu dari tarikh 24 hingga 26 Mei 2024 di Brand Center Sunway Pyramid.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live