Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail memuji kredibiliti yang ada pada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi hantaran di Instagram, Mokhzani berkata, Siti berada kelas paling tinggi dan keberadaannya dalam industri tiada tolok bandingnya.

A post shared by Datuk Mokhzani Pianist DM (@datuk_mokhzani)


“Tidak keterlaluan kalau nak sebut DSCT (Datuk Seri Siti Nurhaliza) penyanyi nombor satu Malaysia dan mungkin ada lagi yang in the making ke arah itu. Cuma dia tiada tolok bandingannya dan berada dalam kelas yang paling tinggi.

“Walau kita tak sempat nak practice yang sebenar-sebenar practice kerana faktor hujan di lokasi, jalan terbaik saya hantar video sahaja dan dia respon dalam Whatsapp. Tapi dia muncul semalam dengan penuh konfiden dengan live vokalnya yang sangat meremang,” tulis Mokhzani.

Mokhzani terlibat dengan acara sambutan tahun baharu di Melaka yang turut melibatkan Siti Nurhaliza sebagai salah seorang artis yang mengadakan persembahan.

Sumber: Instagram