Laman Utama

Bermain Dengan Anjing Peliharaan, Netizen Persoal Agama Afgan - "Yes, I Am A Proud Muslim"

Azwa Rahman
12/11/2020
11:30 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia Afgan mencuri perhatian wargamaya apabila mempamerkan aktivitinya bermain bersama anjing peliharaannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, 31, berkongsi sebuah video asal TikTok sedang memegang anjing berwarna putih yang diberi nama Coco untuk tatapan umum.
How I start my day,” tulis Afgan ringkas sebagai kapsyen video.

how i start my day! ??#afganraisatunjukkan

A post shared by Afgan (@afgansyah.reza) on

Menerusi perkongsian berdurasi 15 saat itu, Afgan kelihatan bermain-main dengan anjing peliharaannya sehingga mengundang persoalan tentang agama yang dianutinya.
Sorry kalau saya tanya, kamu seorang muslim? Gendong seekor anjing?” tanya wargamaya tersebut.
Tidak tinggal diam, Afgan tampil menjawab pertanyaan tersebut.
“Yes, saya bangga menjadi seorang muslim. Tapi sekarang kan ada sabun tanah. Anda boleh membersihkan diri dengan sabun tersebut jika anjing tersebut menjilat anda. Jadi, semuanya bagus,” jawab Afgan.
Selain itu, ada juga beberapa peminat daripada Malaysia yang mempersoalkan agama anutan Afgan apabila dia membela seekor anjing di dalam rumah.
Mati-mati aku ingat Afgan ni Islam. Kalau tak tengok video ni memang tak tahu la Afgan bukan Islam. Comel sangat anjingnya,” komen seorang wargamaya.
Nak tanya, Afgan ni Islam ke tidak?” soal seorang wargamaya.
Malah, tidak kurang juga ada yang mempertahankan penyanyi kesayangan mereka itu yang tentunya mahir dalam membuat keputusan.
Masya-Allah saya risau tentang perkara itu tapi saya tahu awak pasti dah buat pelbagai kajian bila membuat keputusan membela Coco. Semoga selalu dalam lindungan Allah ya Gan,” sokong seorang wargamaya.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 270,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sempat Terfikir Nak Menikah, Rossa Ulas Status Hubungan Bersama Afgan - “Memang Setiap Hari Dengan Afgan..”

gempak
17/07/2024
12:25 MYT
Penyanyi Rossa mengakui tidak pernah mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi Afgan.
Hiburan

Konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In KL' September Ini, Harga Serendah RM258!

gempak
15/07/2024
19:35 MYT
Tampil dengan single duet Ada, penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia menerusi konsert ‘ADA  AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024.
Laman Utama

Lyodra Hampir Pengsan Ketika Shooting Muzik Video Ada Bersama Afgan

gempak
21/10/2023
14:12 MYT
Dua penyanyi bersuara merdu, Afgan dan Lyodra, berkolaborasi dalam lagu berjudul “Ada”.
Laman Utama

Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang

gempak
02/10/2023
15:50 MYT
Sedap ke?
Laman Utama

Afgan Bakal Kembali Mengegarkan Kuala Lumpur Menerusi Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra Disember Depan

gempak
03/07/2023
12:50 MYT
Tak sabarnya!