Berita

Bermula Hari Ini, Semua Premis Perniagaan Dibenar Beroperasi Sehingga 12 Malam

gempak
Maliah Surip
23/11/2020
22:40 MYT
Sponsor Banner
Bermula Hari Ini, Semua Premis Perniagaan Dibenar Beroperasi Sehingga 12 Malam
Mendengar keluhan rakyat dan aduan netizen, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan waktu operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas menilai keperluan dan kerugian ekonomi yang ditanggung oleh pemilik premis perniagaan.
Pelaksanaan waktu operasi baharu itu bermula pada 24 November 2020 dan keputusan kerajaan itu juga meliputi premis perniagaan bagi restoran, kedai runcit dan serbaneka, stesen minyak.
"Saya mendapat banyak aduan dari netizen, persatuan, terutama masyarakat Islam. Misalnya mereka keluar selepas Isyak, maknanya selepas jam 9 malam mereka baru ke restoran tetapi jam 10 malam kedai tutup.
"Maka, kesannya sangat tinggi kepada peniaga. Maka Sidang Khas bermesyuarat, berbincang dan setuju untuk membenarkan pembukaan restoran dan perniagaan lain sehingga pukul 12 malam seperti kedai serbaneka, stesen minyak, kedai runcit, boleh dibuka sampai jam 12 malam bermula esok (hari ini)," kata Ismail Sabri seperti yang dipetik dari Awani.
Selain aduan netizen, Ismail Sabri turut mengambil maklum pandangan yang dibuat oleh pihak persatuan mengenai perkara berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan operasi premis perniagaan sehingga jam 10 malam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di negeri-negeri terlibat.
Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live