Pelakon Didie Alias cukup dikenali sebagai individu yang gemar memuat naik video di platform TikTok. Pelbagai kandungan dikongsikan termasuklah video peribadi dan juga perkembangan terkininya sebagai selebriti.
Pun begitu, Didie mengakui masih ada yang meninggalkan komen-komen negatif. Cuma tidak sebanyak ketika dia mula-mula membuka akaun media sosial berkenaan.
“Saya sebenarnya mula main TikTok ni waktu mulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu semua sedang tertekan kena duduk rumah dan tiada kerja. Jadi itu punca saya main TikTok.
“Bila start main tu, tiba-tiba ramai pula yang ikut dan tonton. Jadi bermula dari situ saya rajin berkongsi kandungan baru setiap hari.
“Kalau nak diikutkan, komen negatif tu ada sahaja, tetapi tidaklah sebanyak dahulu,” ujar Didie kepada Gempak.
Ditanya bagaimana dia memerangi netizen yang kerap meninggalkan komen negatif, Didie berkata, dia akan menyekat individu tersebut daripada terus melihat akaunya.
“Kadang-kadang ada je seorang yang mengata. Tapi ramai juga yang back up. Kalau tiba-tiba notification banyak tu, adalah yang mereka sedang ‘perangkan’.
“Tapi bagi saya senang sahaja. Saya block terus supaya perbualan mereka tidak berangkai-rangkai,” katanya lagi.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Didie mengakui berasa bersyukur kerana dia kini dapat berniaga dan berlakon seperti biasa.
“Alhamdulillah, selepas PKP boleh kembali bekerja. Selepas beberapa bazar hari raya, saya akan kembali ke set penggambaran bagi menyambung baki penggambaran yang tertunggak,” tutupnya.
Izwan Isa
Sat May 07 2022


“Siapa Yang Tahu, Tahu..” - Video Mengaji Tular, MK Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi
Tak mahu menunjuk.

Baring Dalam Kubur, Badan Aishah Ilias Tumbuh Gelembung Gatal... Pengarah Dedah Kerap Berdepan Gangguan Mistik Ketika Penggambaran Filem Musyrik!
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

Penyanyi I Believe I Can Fly Dipenjara 10 Tahun Kerana Jenayah Seksual
Penyanyi R Kelly akhirnya dijatuhi hukuman penjara sekurangnya sedekad atau 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks.

The House Kamal Uqasha | “This Trip Is Just A Beginning ”| Episod 10
Keluarga Uqasha dan Kamal sediakan satu kejutan untuk mereka. Kamal dan Uqasha nikmati makan malam romantis sambil terkenang apa yang mereka lakukan dalam roadtrip ini. Tonton episod penuh di Astro Ria atau korang boleh strim di Astro Go dan VOD sekarang! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Layari gempak.com/thehouse untuk video menarik! #AstroGempak #TheHouseKamalUqasha

Sindir Pub Holywings, Kedai Beri Bakso Percuma Pada Muhammad & Maryam
Pub Holywings di Indonesia baru baru ini mencetuskan kontroversi apabila melakukan promosi dengan menawarkan alkohol percuma kepada pemilik nama Muhammad dan Maria.

“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya