Berita

“Bersalin Kali Ni Dipermudahkan, 10 Minit Sahaja”- Dr Ezani Masterchef Timang Anak Kedua

gempak
Syafiqah Jalal
30/07/2020
05:51 MYT
Sponsor Banner
“Bersalin Kali Ni Dipermudahkan, 10 Minit Sahaja”- Dr Ezani Masterchef Timang Anak Kedua
Juara Masterchef Malaysia musim pertama, Dr Ezani Farhana Md Monoto selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 26 Julai lalu.
Dr Ezani bersyukur kerana proses bersalin kali ini lebih mudah berbanding melahirkan anak pertamanya, Maryam, 5.
“Alhamdulillah adik Maryam akhirnya selamat dilahirkan pada 26 Julai 2020 pada jam 10.04 pagi.
“Syukur kerana kelahiran kali ini sangat berbeza dan sangat mudah berbanding Kakak Maryam dulu.
“10 minit sahaja berbanding kakaknya 1 jam setengah yang akhirnya vakum.
“Terima kasih semua keluarga dan rakan yang mendoakan dan memberi semangat serta menjaga Marya ketika saya di hospital,” katanya.
Dr Ezani berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bayinya itu.
Dalam pada itu, Dr Ezani meminta doa agar anaknya sembuh dari sakit kuning atau jaundice.
“Doakan muka kuning baby ni cepat baik jaundice ya,” pintanya.
Pun begitu, Dr Ezani tidak menyatakan jantina bayinya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan tahniah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live