Drama
Bersama Lisa Surihani Mengenai 6 Perkara Menarik & Menyeronokkan Tentang Penggambaran Telefilem '6 Hari'
Berbual dengan pelakon jelita dan bijaksana ini tidak pernah menjemukan. Peramah, mesra, mudah berbicara dan biarpun agak sibuk melayan keluarga, apatah lagi persiapan menyambut hari kelahiran suaminya semalam, dia tetap meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang ditanyakan. Itulah Lisa Surihani.
Kami bertanyakan Lisa tentang 6 perkara yang menarik, menyeronokkan dan mungkin ramai yang belum tahu tentang penggambaran telefilem '6 Hari' lakonannya bersama suami, Yusry Abdul Halim serta Neelofa dan Aaron Aziz.
1. "Are You Crazy?"
Ketika Yusry medapat cabaran untuk menghasilkan drama ketika PKP dan PKPB, apa yang keluar daripada mulut Lisa adalah 'Are you crazy?'. Kita boleh buat tak ni? Tetapi bila Yusry percaya dengan sesuatu dan kami pun dah berkahwin lama, Lisa percaya dengan keupayaan dia. Lisa tahu Yusry tak akan buat sesuatu yang dia tidak mampu lakukan.
2. Kagum Dengan Pembantu Rumah
Mungkin rumah kami sentiasa menjadi lokasi penggambaran tidak kira mana-mana produksi sekalipun, secara tak langsung pembantu rumah Lisa sentiasa menjadi pemerhati. Ini kali pertama dia berlakon, tetapi sangat mudah dia faham tentang arahan sudut kamera, kena ulang skrip bila ambil sudut lain. Tetapi dia sangat natural, Lisa jadi kagum.
3. Fobia Tempat Tinggi
Selama tinggal di rumah ni, itulah kali pertama Lisa berada di atas bumbung rumah. Tambah lagi Lisa memang fobia berada di tempat tinggi. Takut dan cuak, Lisa buat juga kerana ianya ada di dalam skrip. Bila Lisa berajaya melakukannya, dalam fikiran Lisa, 'Adakah aku berjaya mengatasi fobia ni?' Yusry juga terkejut dengan apa yang Lisa buat. Tapi mula-mula tu memang cuak dan takut!
4. Cabaran Berlakon Bersama Suami
Yusry tak mahu watak cliche iatu bila suami isteri, kena berlakon jadi suami isteri. Walaupun sangat sukar untuk Lisa mebahasakan 'aku, engkau' bersama Yusry, tetapi Lisa lakukan untuk juga dan terpaksa buang watak Suzi dalam diri apabila Yusri kata 'cut!'. Perkara ini sebenarnya memberikan cabaran yang besar untuk Lisa dan secara tak langsung, Yusry push Lisa untuk menjadi pelakon yang semakin memahami ilmu lakonan.
5. Sangat Kagum Dengan Keupayaan Yusry
Ada yang sememangnya sedia maklum bahawa Yusry boleh mengarah, buat skor muzik, jadi penerbit, post-production, CGI dan sebagainya dan ada kala dia pengarah dan berlakon, atau buat dua tiga kerja dalam satu masa. Tetapi untuk 6 Hari, dia melakukan semuanya sekaligus, termasuklah buat 'art department'. Dari dulu lagi Lisa kagum dengan sikap bekerja Yusry, tapi yang ini memang menakjubkan.
6. Terima Kasih Neelofa dan Abang Aaron
Lisa sebagai penerbit bertanggungjawab untuk approach pelakon dan bila Lisa hubungi Neelofa, dia sangat tertarik dengan jalan cerita dan terus minta Lisa hubungi dia. Begitu juga dengan Abang Aaron Aziz. Terangkan tentang cerita dan terus dia nak berlakon. Tiada yang lebih menyeronokkan apabila pelakon lebih berminat dengan jalan cerita daripada bertanya tentang mas kahwin (bayaran) terlebih dahulu. Itu sesuatu yang luar biasa. Ketika di rancangan MeleTOP, Lisa hampir menitiskan air mata ketika ucapkan terima kasih pada Neelofa dan Abang Aaron. Mereka memang luar biasa.
Sedikit sinopsis tentang 6 Hari. Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu.
Kepada yang terlepas untuk menonton di Astro Ria dan Astro Citra, anda masih boleh menontonnya di Astro Go dan Astro On Demand.
Must-Watch Video