Hantaran terbaharu Pencetus Ummah (PU) Amin, di laman sosial Instagram (IG) yang memaparkan beberapa keping foto sijil vaksin mencetus pelbagai reaksi pengikut.

PU Amin pada Ahad, telah memuat naik hantaran memaparkan sijil vaksin berusia lebih 120 tahun yang dipercayai dikeluarkan pada zaman empayar Turki Uthmaniyah.

Menerusi hantaran itu juga, PU Amin berkata, sijil-sijil tersebut dikeluarkan di Istanbul sekitar tahun 1900.

PU Amin pada ruangan kapsyen berpendapat, jika benar vaksin merupakan satu agenda dajjal atau membunuh manusia mungkin manusia tidak akan wujud sehingga hari ini.

Malah, PU Amin turut menasihati agar orang ramai berserdahana menjatuhkan hukum kerana vaksin juga merupakan ikhtiar.

“Sijil vaksin zaman Uthmaniyah yang di keluarkan di Istanbul tahun 1900. Jika benar ia satu agenda dajjal atau membunuh manusia, maka mungkin kita tidak akan wujud hari ini.

“Bersederhana dalam menghukum. Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan kan Allah, tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhitiar yang baik. Inshaallah,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, PU Amin terpaksa menenangkan warganet selepas wujud pertikaian mengenai vaksin.

“Jangan gaduh-gaduh, jangan marah-marah. Orang cerita pasal vaksin je mula la nak melenting . Relax la. Jangan emosional. Senyum,” katanya.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)