,
Viral

Bersihkan Rumah Yang Baru Dibeli, Lelaki Ini Jumpa Gelang Emas Di Tangki Septik

Gempak
11/08/2024
06:55 MYT
Seorang pemuda berkongsi pengalaman pertama apabila menemui gelang emas sewaktu melakukan kerja pembersihan tangki septik di sebuah kediaman di Dungun, Terengganu.
Pencipta kandungan, Muhamad Sukri Sulaiman, 29, berkata, gelang emas seberat 19.53 gram itu dipercayai milik penghuni rumah terdahulu yang sudah lama meninggalkan kediaman berkenaan.

Tangki septik

"Saya baru saja beli rumah ini, memang rumah lama. Banyak kerosakan terutamanya di bahagian tangki kerana tersumbat. Jadi, saya mula melakukan kerja pembersihan sendiri dan hari ini merupakan hari ke empat.
"Ketika saya sedang mencangkul najis dalam tangki, saya ternampak emas. Saya yakin itu emas sebab warnanya tidak luntur dan apabila sudah dibasuh tertera nombor 916 pada gelang tersebut. Tanpa berfikir panjang terus saya muat naik di Facebook untuk mencari pemiliknya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Perangai Buruk Shafiq Amzah, Adik Ipar Bongkar Kisah Gadai Gelang & Curi Duit Bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun Lepas Honda, Tahun Ini Kak KM Hadiahkan Gelang Buat Ibu – “Tak Perlu Sebut Harga…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Gelang Lipan RM8,000 Sumayyah Hilang, Menangis Saya" - Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sebak Tengok Ibu Gadai Gelang Emas Beli Laptop Anak - "Sayanglah... Yang Penting Dia Nak Belajar"

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh, Cerai Lepas 4 Bulan, Nikita Mirzani Tuduh Bekas Suami Lari & Curi Gelang Cartier, Ambil Beg Gucci: “Itu Beg Kesayangan Saya!”

Mengulas lanjut, Sukri memaklumkan, pemilik barang berkenaan sudah menghubunginya dan akan bertemu dalam masa terdekat.
Ujarnya, individu berkenaan mendakwa emas tersebut hilang 20 tahun lalu sewaktu masih mendiami rumah tersebut.
"Kalau saya tak jumpa siapa pemiliknya pun, saya tak akan ambil. Saya mungkin akan serahkan kepada pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
"Tapi sebelum itu, saya akan manfaatkan kelebihan yang ada iaitu menguar-uarkan di Facebook terlebih dahulu memandangkan jumlah pengikut saya agak tinggi. Jadi dari situ, mungkin orang ramai boleh bantu sebarkan sehingga jumpa pemilik asal gelang itu," jelasnya.

Tidak ambil

Tambah Sukri, walaupun barangan tersebut mempunyai nilai yang tinggi tetapi dia tidak akan simpan dan guna untuk kepentingan diri kerana ia bukan miliknya.
Menurutnya, sebagai umat Islam dia sentiasa memegang prinsip bahawa ALLAH memerhati setiap pergerakan dan perbuatan hamba-Nya.
"Jadi tidak perlu untuk kita ambil barang yang bukan hak kita, walaupun orang tak nampak tapi ALLAH nampak. Tambahan pula, kalau saya ambil gelang itu, saya hanya untung sekejap sahaja di dunia dan akan terima balasan di akhirat," ujar Sukri.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Minta Tolong Cari Dua Couple Haram Tak Guna Ni” - Riena Diana Bengang! Duit & Gelang Ibu Saudara Dicuri

gempak
24/10/2024
10:32 MYT
Pelakon, Riena Diana geram apabila gelang emas milik ibu saudaranya didakwa dicuri ketika sedang membeli belah.
Laman Utama

Netizen Sebak Tengok Ibu Gadai Gelang Emas Beli Laptop Anak - "Sayanglah... Yang Penting Dia Nak Belajar"

gempak
05/09/2023
09:55 MYT
"Gelang Ni Pak Ciklah Beli Ulangtahun Perkahwinan Kami..."
Laman Utama

#OhAbeNik: Recap 7 Kisah Artis & Gelang Emas! Hadiah Sentimental Bikin Hati Sayu

gempak
30/03/2022
12:55 MYT
Sentimental value yang tinggi!
Laman Utama

Isu Pensyarah Viral Hina Pelajar, Fadzilah Kamsah; “Jangan Terlalu Hidung Tinggi, Kelak Makan Diri”

gempak
30/03/2022
06:55 MYT
Datuk Dr Fadzilah Kamsah ulas isu pensyarah memperlekehkan pelajar.
Laman Utama

Hadiahkan Gelang Emas Sebagai Tanda Terima Kasih, Netizen Sebak Tengok Da'i Syed Peluk Ibu - "Allahu Anak Soleh"

gempak
19/03/2021
12:30 MYT
Terima kasih mama, sentiasa ada dengan Iqmal.
Unitar