Laman Utama
Tahun Lepas Honda, Tahun Ini Kak KM Hadiahkan Gelang Buat Ibu – “Tak Perlu Sebut Harga…”
Sentiasa bahagiakan ibu tercinta, usahawan sensasi Kak KM menghadiahkan dua utas gelang emas yang setiapnya seberat 40 gram kepada ibunya, Normah Damanhuri sempena hari lahir ke-70 tahun aktres itu.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Kak KM atau Liana Rosli bersama ahli keluarga dan rakan terdekat menyambut ulang tahun kelahiran ibunya di sebuah hotel di ibu negara.
Sebiji kek setinggi lima tingkat juga disediakan bagi memeriahkan lagi acara tersebut.
“Hadiah buat mama tahun ini. Mama kena pakai tak boleh buka. Ini emas padu seberat 40 gram. Tak perlu sebut harga, sebut berat saja.
“Ini gelang dua tahun lepas, mama masih pakai. Tahun lepas dapat kereta (jenis Honda).
Dalam pada itu, pelakon vateran terkenal itu turut menyatakan di usia emas ini tidak ada yang dihajati selain diberikan kesihatan yang baik dan kekal bahagia bersama keluarga.
“Dalam usia begini, tiada apa yang saya harapkan selain kesihatan dan bahagia bersama dengan anak-anak.
“Tahun ini sangat istimewa buat saya kerana dipermudahkan urusan di Tanah Suci Makkah untuk ibadah haji sebelum ini,” ujarnya.
Terdahulu, Kak KM pernah membuat kejutan sempena hari lahir ibunya tahun lalu dengan menghadiahkan sebuah kereta.
Must-Watch Video