Dua hari lalu, tular foto pelakon Izara Aishah dilihat bersolek cantik ketika sedang mengepam susu disamping bayinya, Irisa Alaia.

Foto tersebut dimuat naik sendiri Izara ke akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, rata-rata memuji dan kagum dengan pelakon itu meskipun sudah bergerlar ibu namun tetap memunyai masa untuk bersolek dan cantik di rumah.

Malah, foto itu menjadi tular di laman Facebook apabila ada seorang netizen berpendapat Izara beruntung kerana mempunyai suami yang berada dan boleh memberi kesenangan dan keselesaan buatnya sehingga sempat bersolek meskipun mempunyai anak kecil.


Bagaimanapun, Izara tampil membalas komen seorang pengikut Instagram yang memujinya cantik meskipun berada di rumah.

“Cantiknya walapun awak di rumah,” komennya

Izara membalas, “Taklah, dalam media sosial je”.

Namun, seorang lagi pengikutnya mendedahkan status Izara di Twitter yang memberitahu sebenarnya dia bersolek kerana mahu melakukan IG Live namun tiba-tiba tidak jadi.

“Make up untuk buat live di Instagram, tiba-tiba malas” tulis Izara.

Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan menimang cahaya mata pada 15 April lalu.

? my husband.

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on