Laman Utama

“Bertenang Semua…”- Kecoh Dituduh Merentas Negeri Untuk Honeymoon, Neelofa Akhirnya Tampil Bersuara

gempak
Syafiqah Jalal
02/04/2021
01:25 MYT
Sponsor Banner
“Bertenang Semua…”- Kecoh Dituduh Merentas Negeri Untuk Honeymoon, Neelofa Akhirnya Tampil Bersuara
Selebriti popular Noor Neelofa akhirnya tampil bersuara selepas kecoh dituduh ke Langkawi bersama suami, Pencetus Ummah (PU) Riz untuk berbulan madu.
Neelofa yang disahkan oleh pembekal makan dan minuman, Chatime bahawa mereka ke sana atas urusan kerja meminta semua untuk bertenang.
Namun dalam masa yang sama Neelofa bersyukur kerana secara tidak sengaja ia memberi ‘free marketing’ kepada cawangan Chatime yang akan dibuka di Langkawi.
“Bertenang semua di luar sana. Tak launch lagi free marketing dah gegar satu negara.
“Syukur rezeki Allah atur, sekarang berjuta orang tahu outlet chatime saya akan dibuka di Langkawi”katanya. Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram(IG) Story miliknya.
Menerusi tinjauan Gempak di IG Story itu Neelofa dan PU Riz seperti melawat ke suatu Kawasan di Langkawi.
Selain itu pasangan itu dilihat menikmati pemandangan atas langit dengan menaiki Langkawi Skybridge Cable Car.
Terdahulu, foto memaparkan Neelofa dan Haris berada di Langkawi, tular dalam media sosial hingga menimbulkan spekulasi bagaimana pasangan itu boleh merentas negeri untuk berbulan madu.
Sementara itu, Polis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada selebriti Neelofa dan tiga individu lain untuk bergerak ke Langkawi atas urusan kerja, bukan berbulan madu.
Berdasarkan permohonan wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas di sini, tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit bersama dua individu lain adalah atas urusan kerja bersama Chatime Malaysia.
Pasangan tersebut baru sahaja bernikah pada Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024