,
Berita

'Beruang Matahari Tunggu Kami Tengah Jalan'

Ernalisa
03/10/2024
05:55 MYT
Pengalaman bertemu dengan haiwan buas atau berbisa mungkin dianggap perkara biasa bagi penggemar aktiviti lasak, namun bagaimana cara untuk menangani situasi cemas tersebut mungkin tidak semua mampu lakukannya.
Perkara sama turut dilalui seorang penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri ketika beliau bersama sekumpulan 30 kenderaan yang menyertai Ekspedisi Kembara Offroad Rain Forest Trophy kawasan hutan dan pembalakan di daerah Jerantut, Pahang pada Selasa bertemu dengan beruang matahari.

BERITA BERKAITAN : Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

BERITA BERKAITAN : “Rindu Lah Zaman Kecil-Kecil” - Netizen Terkejut Tengok Budi ‘Tentang Bulan’ Dah Ada Anak & Isteri

BERITA BERKAITAN : Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

BERITA BERKAITAN : Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

Bagaimanapun katanya, berbekal dengan pengalaman dan turut disertai oleh jurupandu yang tahu mengenai selok-belok kawasan yang jauh daripada penempatan penduduk itu membuatkan situasi cemas menjadi lebih tenang ketika berdepan dengan haiwan buas yang berdiri di tengah laluan konvoi tersebut.

"Beruang matahari dewasa tunggu kami tengah jalan. Siap berdiri lagi. Ni dalam hutan Pahang Tengah dari Kuala Sat ke Kota Gelanggi.

Konvoi memberhentikan kenderaan untuk beri laluan kepada beruang tersebut hingga ia lari.

"Trip (perjalanan) kami ada permit dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan ada guide (jurupandu) untuk lindungi kami dan haiwan liar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau dalam masa sama turut berkongsi gambar haiwan digeruni ramai yang ditemuinya itu di media sosial dan mendapat tontonan mencecah 3,000 orang.
Menurut Hezeri, lokasi haiwan buas yang ditemui itu berada jauh dari kawasan kampung dengan radius 50-100 kilometer.
Memetik laporan Sinar Harian pada Selasa turut berkongsi pengalaman seorang pekerja ladang, Lester Rakilin, 37, berdepan detik menggerunkan apabila dia terserempak dengan ular tedung sepanjang lebih tujuh kaki.
Menurutnya, kejadian pada Sabtu itu berlaku ketika dia dan rakan-rakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Gua Musang sebelum tiba-tiba ada seekor ular tedung menghalang laluan mereka.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

LTdL & KLSCM 2024: Ini Jalan Sekitar KL Yang Bakal Ditutup Secara Berfasa Mulai Hari Ini

gempak
03/10/2024
08:55 MYT
Susulan itu, beberapa laluan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat pada 3 Oktober dan 5 sehingga 6 Oktober ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

21 Jalan Utama Di Putrajaya Ditutup 6 Jam Sempena Raptai Hari Kebangsaan

gempak
21/08/2024
02:40 MYT
Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan.
Terkini

“Din… Din.. Nak Pergi Mana, Nak Ikut…” - Tak Rela Abaikan Permintaan Abah Yang Uzur, Netizen Terharu Lihat Cara Pensyarah Ini Layan Bapa

gempak
20/08/2024
08:55 MYT
"Din... Abah nak ikut… Din nak pergi mana? Abah nak ikut, jom Din abah nak ikut, abah belanja,” itulah ungkapan seorang bapa yang sudah berumur setiap kali melihat anaknya mahu keluar dari rumah.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Anmum