Pertama kali memikul tanggungjawab sebagai hos, bakat pelakon Zahirah Macwilson mendapat perhatian dan pujian.

Zahirah menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik potongan video promo sedang mengacarakan sebuah rancangan realiti bersiri berjudul Cosplay Heroes.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kehebatannya dalam mengacara, lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris.



Menerusi video tersebut, pelakon popular Curi-Curi Cinta itu tidak kekok mengendalikan program tersebut.

Rancangan realiti berkonsepkan cosplay itu boleh ditonton oleh semua pengguna iflix di Malaysia, di mana, tiga episod baru dari sembilan episod rancangan boleh disaksikan pada setiap hari Khamis.

Cosplay Heroes, pertandingan cosplay original pertama di Asia menampilkan bakat- bakat cosplay Malaysia untuk menghasilkan pakaian yang agak rumit, mengikut watak-watak yang telah mereka pilih dan berpeluang memenangi wang tunai RM10,000.

Sneak peek of what’s to come! Join me, your host along with our renowned Cosplay experts and a team of talented Cosplay competitors as they battle it out to become Malaysia’s first Cosplay Hereos Champion! #CosplayHeroes #iflixPercuma #iflixOriginal @iflixmy

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on