Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.

Untuk episod terdahulu, Kamal dan Uqasha meneruskan kembara ke Pulau Kapas di Terengganu untuk melakukan aktiviti snorkeling.

Gelagat Uqasha yang pada awalnya berasa takut dan pujukan Kamal membuatkan ramai tersentuh hati melihat kasih sayang suami isteri tersebut.

Di laman sosial, rata-rata peminat terhibur dengan aksi aktiviti air yang disertai dan meluahkan rasa cair mereka melihat kemesraan pasangan ini.

“Completing each other in their own way,” komen seorang wargamaya.

“bestnya bila dapat bersama dengan orang yang boleh melengkapkan kekurangan kita, support kita, dan buat kita jadi diri kita sendiri sehingga kita mampu mengeluarkan versi terbaik dalam diri kita! fuh,” ujar seorang wargamaya.

“Seronok betul bila orang bahasakan diri abang ni. sweet betul. kau orang panggil encik suami apa? husbaby? husbaby pun sweet juga,” kata seorang wargamaya.

“Tak jaga hati orang single langsung???? Geram tau sebab comel tapi tulah nak juga macam tuuuu yihhh!” usik seorang wargamaya.

“Seronoklah ada partner yang onz buat semua benda sama-sama. Nampak bestlah pula snorkeling ni,” tulis seorang wargamaya lagi.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104).

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.