,
Laman Utama

“Betul Berkesan Taktik Dia”- Pernah Bawa Laudya Cynthia Bella & Noor Nabila Naik Belon Panas, Netizen Nak Tiru Cara Engku Emran

Azwa Rahman
21/03/2021
23:05 MYT
Selepas video Engku Emran melamar Noor Nabila menaiki belon panas tular, media Indonesia kemudian turut melaporkan dia pernah melakukan aksi yang sama bersama bekas isterinya bintang terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella.
Susulan daripada laporan tersebut, di laman Twitter, ciapan seorang pengguna tular selepas berpendapat strategi membawa wanita menaiki belon panas untuk melamar sebagai pasangan hidup ‘menjadi’.
Disebabkan ciapan itu juga, wargamaya mula kecoh apabila masing-masing mahu meniru aksi lamaran ‘nikoh jom’ Engku Emran pada Noor Nabila.
Bagaimanapun di ruangan balas ciapan tersebut mengundang pelbagai reaksi lucu wargamaya terutamanya lelaki yang sudah pun merangka ‘strategi’ masing-masing antaranya:
Betul berkesan taktik dia ni. Bila naik belon panas, lepas tu propose time ada atas belon memang chance nak kena reject tu rendah dalam 0.0001 sebab tempat sempit dan tinggi pulak tu. Takkan perempuan tu nak terjun pulak kan. So, taktik ni memang paling berkesan,” komen seorang wargamaya.
Naik belon panas, then nikoh jom. Okay pastu done,” kata seorang wargamaya.
@KendallJenner you, free tak weekend ni? Jom naik belon panas,” tulis seorang wargamaya.
Siapa ada jual tiket naik belon drop link, untuk rujukan masa depan,” ujar seorang wargamaya.
Erra Fazira : Kenapa dulu aku x pernah diajak naik belon eh?” usik seorang wargamaya.
Pada Jumaat, Emran, 46, melangsungkan pernikahan dengan Noor Nabila, 36, kira kira jam 10.02 pagi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Laudya Cynthia Bella Didakwa Jadi Isteri Ketiga Ustaz Terkenal Indonesia?

gempak
28/07/2024
07:30 MYT
Nama pelakon cantik Laudya Cynthia Bella sedang menjadi bualan hangat peminat di Indonesia selepas didakwa telah mengakhiri zaman janda dengan seorang ustaz.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Netizen Sangka Noor Nabila Dah Nikah, Ini Respons Tuan Badan - “Masih Terlalu Awal Untuk…”

gempak
07/03/2024
01:55 MYT
Doa yang baik-baik.
Viral

“Perempuan Ini Takkan Tolak Ansur Selagi Kau…” - Sharnaaz Ahmad Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Dengan Bekas Isteri

gempak
05/03/2024
09:50 MYT
Suka tengok Sharnaaz & Nabila besarkan Jebat.