Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengucapkan rasa syukur apabila lagu raya terbaharu nyanyiannya berjudul Lala Raya menjadi trending.

Lagu tersebut berjaya mengungguli carta nombor satu selama tujuh hari berturut-turut di platform penstriman popular, YouTube.

Aliff menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya turut mengucapkan terima kasih kepada pelawak Zizan Razak yang sebelum ini memuji nyanyiannya.

“Jangan ada yang marah ya mantain tujuh hari trending nombor 1. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan suara yang sedap dan merdu ini.

“Betul kata @zizanrazak869 suara saya unik. Kalau tak takkan lah boleh trendingkan, merdu tak suara saya?sedap tak, ini semua original bukan autotune,” tulisnya.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


BACA: “Dislike Nak Sama Dengan Like”- Lagu Raya Aliff Syukri ‘Menjadi’, Trending #1 Di YouTube!

Sebelum ini Aliff kritikan dan sindirian ramai pihak sebaik sahaja mengumumkan mahu memiliki lagu raya sendiri.

Untuk membuktikan kesungguhannya, Aliff juga menjalani latihan vocal sebagai persediaan untuk menyanyikan lagu rayanya.

BACA: Lawak! Ramai Setuju Bila Ibu Komen Suara Aliff Syukri – “Memang Tak Sedap, Macam Kereta Habis Break”