,
Laman Utama

Betul Ke Ada Skrin Telefon Lengkap Dengan Teknologi Paparan Perlindungan Mata? HONOR 90 Ada Jawapannya!

Mya Amri
02/08/2023
05:13 MYT
Zaman kini boleh dikatakan telefon pintar telah menjadi antara alat wajib bagi semua orang.
Tidak kira semasa keluar berbual bersama rakan, menghadiri majlis keraian atau pun bekerja pasti telefon pintar yang menjadi alat terpenting.
Namun perasan tak sekiranya terlalu lama menghadap skrin di telefon, mata kita pasti akan rasa kering dan menyakitkan.
Keletihan mata digital telah muncul sebagai kebimbangan utama di kalangan pengguna telefon pintar kerana masa skrin yang berlebihan.
Gejala seperti ketegangan mata, mata kering, sakit mata dan kerengsaan mata telah menjadi terlalu biasa dalam era digital kini.
Bagaimana skrin telefon menyakitkan mata?
Apabila membeli telefon pintar, selain reka bentuk yang cantik dan prestasi yang baik, salah satu faktor yang perlu diberi pertimbangan adalah perlindungan mata.
Hampir semua telefon pintar dengan harga melebihi RM1,000 menggunakan skrin OLED, ini kerana OLED menawarkan warna yang lebih cerah, skrin lebih nipis dan cap jari di bahagian bawah skrin.
Walaupun pengeluar telefon pintar lain sering mengutamakan capaian resolusi yang lebih tinggi dan tahap kecerahan skrin, mereka mungkin secara tidak sengaja mengabaikan potensi risiko mata yang dikaitkan dengan pendedahan skrin berpanjangan.
Apabila pengguna melibatkan diri dalam pengalaman definisi tinggi yang ditawarkan oleh skrin OLED, mereka mungkin secara tidak sedar menyebabkan mata mereka terdedah kepada bahaya.
Ini disebabkan oleh skrin OLED secara amnya menggunakan pemalapan PWM 480Hz atau lebih rendah 360Hz.
Kelipan frekuensi rendah ini berbahaya kepada mata pengguna dan punca masalah kesihatan mata, yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, penglihatan kabur dan gejala lain.
Uji telefon pintar sama ada ia membuatkan mata sakit atau tidak
1.Kurangkan cahaya skrin.
2. Ubahkan set shutter speed pada 1/1250s di bawah mood profesinal.
Jika semakin kerap, lebih tebal dan makin gelap kelipan, maka semakin serius masalah kelipan itu.
Lindungi mata anda, pilih HONOR 90 Risk Free Dimming Eye Protection
HONOR 90 Perlindungan Mata Peredupan Bebas Risiko yang pertama di dunia mencapai PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz, ia juga diiktiraf oleh pensijilan bebas Flicker TÜV Rheinland.
HONOR 90 juga menurut piawaian IEEE Std 1789-2015 yang mentakrifkan tahap bebas kelipan sebagai apabila frekuensi pemalapan lebih tinggi daripada 3125Hz.
Kualiti skrin bukan sahaja terletak pada peningkatan kualiti imej tetapi perlindungan mata juga harus menjadi tumpuan pengeluar telefon pintar utama.
HONOR mengetuai tanggungjawab dalam menangani kebimbangan kesihatan mata pengguna dan telah mencipta penyelesaian skrin telefon pintar paling canggih dengan menggabungkan keupayaan perkakasan dan algoritma perlindungan mata dikuasakan AI.
Syarikat itu kekal komited untuk membangunkan penyelesaian perlindungan mata yang mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan telefon mudah alih yang berpanjangan, memastikan produk terbaik untuk pengguna.
Jaga Mata Anda, Beli Siri HONOR 90 5G hanya dari RM1099
Siri HONOR 90 5G telah dilancarkan di Malaysia dan mendapat sambutan hangat apabila ramai pelanggan berpusu-pusu beratur di luar premis kedai HONOR untuk menjadi antara yang terawal memiliki peranti termaju ini.
Harga Siri HONOR 90 5G bermula dari RM1,099.
Bagi memahami kehendak pelbagai lapisan pengguna di Malaysia, HONOR telah melancarkan tiga spesifikasi Siri HONOR 90 5G iaitu versi 12GB RAM + 512GB ROM dan 12GB RAM + 256GB ROM. Manakala, HONOR 90 Lite 5G ditawarkan dalam 8GB RAM + 256GB ROM. Pelanggan kini boleh memilih peranti mengikut kemampuan dan kehendak mereka.
Beli Siri HONOR 90 5G sekarang akan diberi hadiah percuma bernilai sehingga RM647, termasuk HONOR Earbuds X5, lanjutan jaminan setahun dan perlindungan skrin retak selama 180 hari. Layari laman sesawang HONOR atau hadir ke kedai HONOR untuk maklumat lanjut tentang Siri HONOR 90 5G.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terpaksa Pajak Telefon Bimbit RM80 Untuk Beli Makanan

gempak
22/09/2024
18:55 MYT
"Kami terputus bekalan makanan sejak dua hari lalu hingga saya terpaksa pajak telefon bimbit untuk mendapatkan RM80 bagi membeli barang dapur," kata Norazifa Othman, 40.
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Unitar