Laman Utama

Betul Ke Majlis Kahwin Reen Rahim Bernilai RM15 Juta? “Semua Saya Bayar Sendiri, Tapi…”

gempak
Izwan Isa
25/12/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Betul Ke Majlis Kahwin Reen Rahim Bernilai RM15 Juta? “Semua Saya Bayar Sendiri, Tapi…”
Pelakon Reen Rahim menjelaskan nilai RM15 juta yang disebut sebagai nilai majlis perkahwinannya adalah tidak merangkumi elemen-elemen lain seperti upah wedding planner yang dilantik.
Menurut Reen, nilai RM15 juta itu hanyalah nilai aksesori yang dipakai sepanjang tiga majlis yang diadakan iaitu majlis malam berinai, akad nikah dan persandingan.
“Ramai yang berpendapat saya disponsor RM15 juta dalam bentuk wang ringgit. Namun, hal tersebut tidak tepat.
“Semua yang ada pada majlis malam ini (pernikahan) saya bayar sendiri, tapi aksesori yang saya gayakan ditaja oleh Cares Gold.
“Kalau saya dapat RM15 juta dalam bentuk wang, baik saya sedekahkan pada mereka yang memerlukan,” katanya kepada Gempak.
Ditanya mengenai perancangan bulan madu, Reen menjelaskan yang dia masih belum terfikir lokasi untuk bercuti bersama suami memandangkan dia masih terikat dengan komitmen kerja.
“Tak terfikir nak pergi mana lagi sebab kami cadang mendirikan rumah tangga pun sekitar lima bulan lepas. Kalau nak tahu, selang sehari lepas majlis kahwin saya dah kena kerja. Mungkin dah habis kerja nanti baru fikirkan soal bulan madu,” katanya.
Reen, 34, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya malam semalam.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024