,
Laman Utama

Beza Usia 31 Tahun & Melamar Di FaceTime, Ini 5 Fakta Tentang Perkahwinan Ke-5 Nicolas Cage

Amri Hassan
07/03/2021
01:45 MYT
Pelakon antarabangsa Nicolas Cage, 57, dilaporkan telah berkahwin kali kelima dengan seorang gadis Jepun, Rika Shibata, 26, di Hotel Wynn Casino, Los Angeles, baru-baru ini.
Menerusi sijil perkahwinan yang didedahkan, pasangan terbabit sah bergelar suami isteri pada 16 Februari lalu dalam upacara disempurnakan Richard E Walter.
Dalam dokumen itu, Riko menukar nama keluarganya kepada Cage selepas rasmi menjadi isteri pelakon itu. Riko muda 30 tahun berbanding Cage dan muda empat tahun daripada anak sulung Cage, Weston Cage.
Berikut 5 fakta menarik tentang perkahwinan Nicholas Cage:
1. Cage dan Riko pertama kali dilihat intim di New Orleans pada Februari tahun lalu dan pada bulan seterusnya dilihat bersama di New York.
2. Perkahwinan itu diadakan kurang dua tahun selepas perkahwinan keempat dengan Erika Koike berakhir pada 23 Mac 2019. Perkahwinan terdahulu itu hanya bertahan empat hari.
3. Beza usia Cage dan Riko sangat jauh iaitu 31 tahun. Cage kini berumur 57 tahun manakala Riko baru berumur 26 tahun.
4. Ketika berkahwin, Riko memakai kimono yang diimport khas dari Kyoto, Jepun. Manakala, Cage menggunakan tuksedo. Ketika berjalan di altar, lagu kegemaran Riko, Kiroro dimainkan. Sweetnya!
5. Usia tidak menghalang cinta mereka. Cage melamar Riko melalui FacetTme.
"Kami sangat bahagia bersama dan mahu menghabiskan waktu bersama jadi saya katakan 'mahu mengahwini kamu' dan kami bertunang melalui FaceTime," kata Cage pada tahun lalu.
***
Bintang filem Ghost Rider berkenaan berkahwin pertama kali dengan Patricia Arquette pada April 1995. Perkahwinan keduanya pula adalah bersama anak legenda Elvis Presley, Lisa Marie Presley pada 2002.
Cage mengahwini isteri ketiganya, Alice Kim pada Julai 2004. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki pada 2005 sebelum berpisah pada 2016 apabila Kim didapati menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.