Berita
"Biarlah Ia Jadi Kejutan" - Elfira Loy Rahsiakan Jantina Anak
Pelakon Elfira Loy mengakui masih belum melakukan sebarang persiapan dan membeli barangan bayi walaupun usia kandungannya sudah mencecah enam bulan.
Menurut Elfira, dia mahu jantina anak yang bakal dilahirkan itu menjadi kejutan walaupun dia dan suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar sudah mengetahui jantina anak sulung mereka.
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah masuk enam bulan dan saya masih tak melakukan persediaan ataupun membeli barangan bayi.
"Cuma buat masa sekarang, saya akan lakukan pemeriksaan di klinik swasta," kata Elfira.
Pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman ini juga tidak merancang untuk mengadakan sebarang acara bagi mengumumkan jantina anaknya.
"Jika ditanya mengenai jantina, biarlah ia menjadi kejutan untuk semua. Saya dan suami juga tidak merancang untuk mengadakan majlis pengumuman jantina.
"Macam saya sendiri, memang idamkan anak perempuan dan suami pula mahukan anak lelaki.
"Jadi, biarlah bila saya sudah melahirkan nanti, saya akan umumkan jantina anak kepada umum," katanya kepada Gempak.
Elfira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Bugaboo Ant bertempat di The Gardens Kuala Lumpur, pada Rabu.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu dan dijangka akan bersalin pada bulan Oktober ini.
Must-Watch Video