gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”
BERITA
Kanak-Kanak Enam Tahun Dirogol Ketika Hadiri Majlis Perkahwinan
HIBURAN
Roziana Cindy Lancar Lagu 'Tinggalkan Luka'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Biarlah Tidak Cantik Asal Ada Akhlak” - Iqbal Mahu Pasangan Yang Jujur, Idam Gadis Kampung

gempak
Izwan Isa
25/08/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
“Biarlah Tidak Cantik Asal Ada Akhlak” - Iqbal Mahu Pasangan Yang Jujur, Idam Gadis Kampung
Sejak beberapa minggu lalu, kelihatan selebriti media sosial dan penyanyi, Iqbal Zulkefli sudah kembali dekat dengan ‘seteru’ lamanya, Datuk Seri Vida.
Ramai dalam kalangan netizen yang menginginkan mereka berdua kembali menjalinkan hubungan seperti dahulu, dan tidak kurang mahu melihat Iqbal dan Vida bersatu hingga ke pelaminan.
Namun, menerusi sesi soal jawab yang diterbitkan oleh Iqbal menerusi aplikasi NGL di Instagram Story baru-baru ini, penyanyi lagu Hujan itu menerima nasihat yang ‘deep’ daripada pengikutnya.
Nasihat yang diterima berbunyi: “Cari pasangan yang biasa-biasa je Iqbal. Cukuplah hidup bersederhana. Janji dapat jaga makan pakai.
“Iqbal dengan anak… Hidup normal macam biasa. Tak payah pakai pembantu rumah. Rumah tak payah besar-besar,” tulis pengikutnya.
Melihat pada nasihat yang diberikan, Iqbal memberikan balasan yang senada dengan apa yang ditulis oleh pengikutnya itu.
“Kalau ikutkan saya hidup masih sederhana. Saya perlu bekerja selagi Allah bagi peluang. Bukan untuk diri sendiri semata.Untuk diri saya, alhamdulillah sudah cukup.
“Tentang pasangan, doakan Allah temukan saya dengan pasangan yang jujur dan ikhlas. Biarlah tidak cantik asal ada akhlak yang baik. Buat masa sekarang saya tidak mahu fikir lagi.
“Ikutkan hati, saya cuma idamkan gadis kampung biasa sahaja yang menenangkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Kampung
#Gadis
#Iqbal Zulkefli
Must-Watch Video