Bercakap mengenai kempen Wanita Besi Pantene, gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi tidak pernah mengenal erti mengalah walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam dunia sukan.



Pernah beberapa kali mengalami kecederaan dan berdepan isu kecaman netizen berhubung pakaiannya, Farah terus mengharumkan nama negara.

Sentimen masyarakat mengenai bentuk badan wanita dan kata-kata negatif tentang cara berpakaian ketika bersukan boleh melunturkan semangat wanita untuk kekal aktif dalam bersukan.

Namun, seumpama setiap jalinan dalam dandanan rambutnya sebelum beraksi di lantai gimnastik, itulah semangat dan kekuatan Farah!



Helaian rambut yang menjalin erat dan utuh menjadi perisai untuk segala cacian dan kecaman publik.

Jalinan itu menyalurkan semangat positif, sokongan dan kekuatan untuk Farah kekal dalam persada sukan gimnastik.

Kerana hakikatnya, apabila anda kuat, anda mampu meraih segala impian terindah dalam kehidupan!



Pastinya, ada tertanya-tanya siapakah individu yang menjadi tulang belakang Farah setiap kali sebelum beraksi lantai gimnastik?

Saksikan Wanita Besi episod pertama pada 27 Mac 2019. Farah menjadi kebanggaan Malaysia dan kini berkolaborasi dengan Pantene untuk memberikan inspirasi buat golongan wanita agar kekal kuat, cantik dan aktif bersukan.

Jom lihat episod pertama siri Wanita Besi!