Berita

Biasakan Seawal Usia 2 Bulan, Che Ta Tak Takut Bagi Anak Pakai Emas

gempak
Syafiqah Jalal
29/05/2019
06:35 MYT
Sponsor Banner
Biasakan Seawal Usia 2 Bulan, Che Ta Tak Takut Bagi Anak Pakai Emas
Pelakon Rozita Che Wan akui tidak takut untuk memberi anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana memakai emas meskipun usianya masih kecil.
Menurut Rozita atau lebih dikenali dengan Che Ta, dia sudah membiasakan Aaisyah untuk memakai emas seawal usia dua bulan lagi.
“Saya memang dah pakaikan Aaisyah emas dari dia baby lagi dan dia pula memang suka dengan emas sejak kecil.
“Setakat ini, Alhamdulillah tiada apa-apa perkara tidak diingini berlaku kerana saya akan pastikan Aaisyah bersama dengan keluarga dan saudara-mara atau pon orang yang dikenali.
“Bila dia pakai emas ni, saya kena pastikan dia ke mana dan bersama siapa,” katanya kepada Gempak.
Che Ta ditemui ketika majlis mengumumkan dia dan anaknya sebaga duta dan wajah terbaharu barang kemas Habib Jewels.
Sebagai pengguna setia Habib selama 20 tahun, Che Ta memberitahu sambutan Aidilfitrinya tidak lengkap tanpa memakai emas.
“Sebenanrya saya memang suka emas dari anak dara lagi. Memang selepas sahaja bekerja saya akan pastikan saya beli emas.
“Lebih-lebih lagi nak Raya, saya wajib ke kedai emas untuk membeli aksesori dan design yang saya pakai mestilah besar-besar supaya lebih berseri di Hari Raya,” katanya lagi.
Che Ta dan Aaisyah mengikat kontrak sebagai duta Habib selama setahun bermula musim perayaan ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live