Usahawan kontroversi yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli mendedahkan bawaha dirinya pernah dikutuk secara berdepan oleh sebuah kumpulan di tempat awam.

Kata Iqbal, kejadian itu berlaku baru-baru ini di sebuah pusat beli belah di Malaysia.

Menurutnya, sekumpulan individu tersebut menjerit dan menggelarkan dirinya sebagai babi.

"Baru-baru ini di Malaysia, dalam mall tiba-tiba ada satu kumpulan menjerit ke arah saya "Iqbal babi!".

"Sebelum mereka berteriak, saya sempat melambai tangan kerana saya fikir mereka gembira berjumpa, biasanya orang berjumpa mahu ambil gambar," luahnya.

Bagaimanapun, Iqbal tidak menyimpan perasaan tersinggung untuk tempoh yang lama dan terus 'move on' daripada peristiwa tersebut.

"Tapi saya sekejap sahaja terasa hati, saya cepat lupa," tambahnya lagi.



Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Iqbal kini berada di Indonesia atas tujuan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.

Bekas pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Vida itu selalu berkongsi perkembangan selama berada di negara jiran tersebut.