Laman Utama
"Biasanya Orang Tengok Saya Sopan, Tapi Sebenarnya..." - Ira Ghani Tonjol Sisi Lain Dalam Diri Demi...
Pelakon dan usahawan terkenal, Datin Ira Ghani kini tampil dengan program bual bicara di YouTube berjudul Santai With DIG.
Menurut Ira, dia menghasilkan program tersebut kerana tidak mahu terus menyimpan bakat dan pengalaman yang ada.
"Dengan bakat dan pengalaman yang ada, kalau disimpan macam itu sajapun sayang juga.
"Minat saya dalam dunia pengacaraan memang mendalam, saya pun pernah mengacara sebelum ini dalam sebuah program bual bicara wanita pada tahun 2015 dan 2016.
"Tapi, dalam program TV sebegitu, sudah tentu saya harus mengawal kesopanan dan pergerakan, tak boleh lebih-lebih, dengan saluran YouTube sendiri ini, saya akan kongsi pelbagai perkara yang bermanfaat kepada penonton dalam cara penyampaian yang santai," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ira juga mengatakan masih ramai yang belum melihat sisi lain dirinya yang lebih santai dan gila-gila.
Justeru, perwatakan itulah yang ditampilkan dalam Santai With DIG kendaliannya itu.
"Orang di luar pun tak pernah tengok sisi diri saya yang lagi satu, biasanya orang tengok saya ala sopan, tapi sebenarnya saya juga seorang yang santai dan gila-gila.
"Saya suka cabar diri saya, saya faham dalam saluran YouTube tak boleh buat formal sangat, jadi sebab itulah program ini syok, sempoi dan santai," katanya lagi.
Santai With DIG mempunyai 13 episod dan bersiaran di YouTube setiap Jumaat, jam 8.30 malam.
Program ini juga akan menampilkan tetamu jemputan untuk memeriahkan lagi perbincangan setiap minggu. Jangan lepaskan peluang menyaksikannya!
Must-Watch Video