Skip to main content

Berita Tempatan

“Biasanya Perut Besar Tak Semestinya Kembar Kan?”- Raqib Kasihan Tengok Tasha Manshahar Bawa Perut

raqibtashamanshahar-(1)_1.jpg
Penyampai radio Zayan, Raqib Majid kasihan melihat keadaan isterinya, Tasha Manshahar yang semakin sarat hamil.
 
Raqib berkata, perut Tasha agak besar sehingga ramai yang menyangka dia hamil bayi kembar.
 
“Kesian tengok ibu mengandung bawak perut. kebetulan agak besar jugak perut Tasha.
 
“Orang tengok ingat kembar. Hehe. Nak jalan pun tak larat. mcm penguin jalannya. comel!
 
“Biasanya perut besar tak semestinye kembar kan? Ke macam mana?
 
“Doakan semuanya sihat-sihat belakanya? Amin ya RABB," tulisnya.
 
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Rata-rata pengikutnya memberikan respon terhadap persoalan Raqib.
 
Kebanyakan pengikutnya berpendapat selain hamil anak kembar kembar, perut yang besar juga disebabkan kerana faktor saiz bayi yang besar.
 
Bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar urusan serta proses hamil serta bersalin Tasha dipermudahkan.
 

Must Watch Video

Advertisement