Laman Utama
“Bibir Ikut Mommy”- Maryam Durian Kimchi Dedah Wajah Baby
Selepas lima hari selamat melahirkan bayi sulung, selebriti media sosial iaitu Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi mendedahkan wajah puterinya.
Menurut Maryam, anaknya yang diberi nama Rina itu mempunyai bentuk bibir yang hampir sama dengannya.
“Bibir ikut mommy,” tulisnya yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri yang sama Maryam memuat naik fotonya bersama bayi yang sedang dipangkunya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecomelan anaknya.
“Comelnya baby… semoga sihat selalu baby dan mommy,” komen salah seorang warga maya.
“Muka daddy sangat,” kata salah seorang netizen.
Sementara itu, di akaun IG suaminya, Ryzal juga turut mendedahkan wajah anak mereka dengan berkongsi gelagatnya sebagai bapa baru.
“Macam ni rupanya jadi bapa,” tulisnya dalam kapsyen.
Menerusi kemas kini tersebut dia memuat naik fotonya yang tertidur disii bayinya yang juga sedang lena.
Gelagat Ryzal turut mencuit hati pengikutnya yang seolah-olah memahami ragam sebagai bapa yang hendak membiasakan diri menjaga bayi.
Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Terdahulu mereka menetap di Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video