Big Stage S2 BM
Big Stage 2: "Take It Easy Kalau Orang Kritik!" - Nasihat Amira Othman Buat Irfan Haris
Kakak kepada bintang Big Stage 2 Irfan Haris, Amira Othman menasihati adiknya agar menerima segala komen dan kritikan secara membina untuk terus kekal dalam pertandingan realiti hiburan itu.
Kata Amira, ketika Irfan mengambil keputusan untuk menyertai Big Stage 2, perkara pertama yang dinasihatinya adalah untuk mengawal emosi dan tekanan perasaan.
"Masa dia nak masuk pertandingan, saya awal-awal berpesan padanya supaya jangan mudah tertekan. Bertanding tidak sama seperti mengadakan persembahan.
"Harus sentiasa positif kalau ada yang memberikan komen atau kritikan dan ambil ia secara membina (take it easy). Yang baik kita ambil, yang tak bagus kita abaikan," ujarnya kepada Gempak.
Amira yang ditemui pada majlis pelancaran single duetnya bersama Sufian Suhaimi, Takkan Merubah di Red Box Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui cabaran terbesar Irfan dalam Big Stage ialah faktor kesihatannya.
"Paru-paru dia tak berapa kuat jadi minggu awal dia sudah jatuh sakit.
"Tetapi sebenarnya dia seorang yang lebih komited berbanding saya. Di rumah dia memang seorang yang kelakar dan rajin berlatih sebenarnya.
"Cuma mungkin dia sedikit pemalu apabila berhadapan dengan ramai orang.
"Saya berharap dia akan memberikan prestasi yang lebih bagus selepas ini," tambah Amira yang pernah menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia 2013.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Must-Watch Video