BIG STAGE S2 BM
Big Stage 2019: "Orang Luar Tak Ingin Tahu Tentang Keadaan Saya Yang Masih Sakit" - Irfan Haris Puas Hati Dengan....
Peserta Big Stage 2019, Irfan Haris akui berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan pada minggu kedua Ahad lalu.
Menurut Irfan, walaupun hanya mempunyai tiga hari untuk berlatih, namun dia sudah melakukan yang terbaik.
"Orang luar tidak ingin tahu tentang keadaan diri saya yang masih sakit. Persembahan tetap harus diteruskan.
"Saya berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan kerana hanya berbekalkan tiga hari sahaja saya berlatih untuk memberikan yang terbaik.
"Saya sudah bagi sepenuh tenaga untuk persembahan malam ini. Alhamdulillah untuk kerja keras saya dalam tempoh tiga hari ini," katanya kepada Gempak.
Irfan ditemui sejurus usai konsert Big Stage 2019 minggu kedua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Tambah pelantun lagu Redha itu, dia akan mencari alternatif lain untuk mengubati penyakit bronkitis yang dialami.
"Penyakit bronkitis (batuk tanpa kahak) sudah hampir sebulan saya hadapi.
"Saya sudah berjumpa dengan pakar dan dia sendiri mengatakan jika penyakit ini normal dengan pengambilan ubat sahaja boleh diubati.
"Saya pulang ke Johor minggu lalu dan doktor memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan saya memandangkan masih belum sihat.
"Oleh sebab itu, saya dimasukkan ke hospital untuk dipantau.
"Saya sepatutnya belum lagi 'discharge' tetapi disebabkan pertandingan doktor terpaksa melakukannya.
"Jadi saya akan mencari alternatif lain untuk kembali sembuh," tambahnya lagi.
Sheryl Shazwanie peserta pertama yang tersingkir di Big Stage 2019 dari 12 penyanyi yang menyertai program tersebut.
11 peserta lain yang masih kekal dan berentap ke konsert minggu hadapan adalah Han Byul, Santesh, Dinda Permata, Chaleda, Shada Amzah, Kucaimars, Adzrin, Fieya Julia dan Irfan Haris.
Pada minggu kedua, Datuk Syafinaz Selamat diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.


Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Must-Watch Video