Vokalnya ampuh, stage present miliknya pula sangat kuat. Hal ini dapat dilihat ketika Aisya Retno mempersembahkan lagu Teman menerusi konsert pertama Big Stage 2022 minggu lalu.

Selain menerima pujian daripada para juri, penonton juga sangat menyukai rendisi baharu yang diketengahkan oleh Aisyah pada malam tersebut.

“Sebenarnya, saya tidak pernah jangkakan sesuatu yang bagus datang daripada juri dan juga penonton. Sebab kalau kita jangka yang bagus-bagus, nanti kita over-confident.

“Jadi, saya neutral sahaja ketika membuat persembahan. Tambahan pula kalau saya berada di atas pentas, saya andaikan saya tidak masuk pertandingan, sebaliknya seperti mengikuti show biasa sahaja,” katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai persembahannya malam ini, Aisya berkata, dia berasa teruja untuk mempersembahkan lagu Lalisa nyanyian asal Lisa daripada kumpulan Blackpink.

Bagaimanapun, menurut Aisyah, kemungkinan besar dia tidak menyentuh susunan muzik lagu berkenaan seperti mana dia mengubah lagu Teman nyanyian asal Iman Troye kepada muzik Waltz.

“Bagi saya Lalisa kita tidak boleh sentuh apa-apa memandangkan lagu itu sendiri sudah sedia cantik dan indah. Cuma cabaran saya pada minggu ini adalah keperluan untuk menghafal step menari,” katanya lagi.

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)


Melanjutkan bicara, Aisya berkata pesaing terdekatnya dalam Big Stage 2022 adalah Daniel Chuer, Elica Paujin dan juga Sofiaa Marieylla.

Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh peserta-peserta Big Stage 2022:

1. Aisha Retno - Lalisa (Lisa)
2. Tegar Septian - Assalamualaikum (Faizal Tahir)
3. Lia Aziz - Tamparan Wanita (Kumpulan Elite)
4. Danial Chuer - Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B)
5. Elica Paujin - Impikan (Dolla)
6. Ajoi Zainal - Boneka (Ernie Zakri)
7. Tuah Adzmi - Luar Biasa (Ismail Izzani feat. Alif)
8. Yazmin Aziz - Eh (Zizi Kirana)
9. Megat Rahim - Evo (Joe Flizzow X SonaOne)
10. Sofiaa Marieylla (Jerung Merah) - Aca Aca Nehi Nehi (Dadido)
11. Syafiq Abdilah - Adakah Engkau Menungguku (Naim Daniel feat. Tuju)
12. Iqbal Zulkefli - belum diumumkan

Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).