Laman Utama
Big Stage 2022 Belum Start Tapi Ajoi Dengan Lia Dah Bergaduh? Kenapa Tu?
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tirai konsert pertama Big Stage 2022 bakal dibuka kepada penonton.
Selain peminat yang sudah tidak sabar menantikan dinamik vokal luar biasa, para peserta yang terlibat juga pasti berdebar menantikan malam persembahan berkenaan.
Masakan tidak, ada yang baru pertama kali mengikuti pertandingan sedemikian dan ada juga yang tidak pernah membuat persembahan di sebuah pentas berskala besar.
Namun, dalam saat menanti malam konsert, ada perkhabaran yang mengatakan dua peserta Big Stage 2022, Ajoi Zainal dan Lia Aziz tak sebulu.
Seperti yang dikongsikan oleh TikTok Gempak, kelihatannya Lia tidak berpuas hati gara-gara Ajoi dikatakan ‘mencuri’ spotlight dengan memotong percakapannya ketika sedang ditemu bual.@astrogempak ? Panas! Min sempat rakam pergaduhan Ajoi & Lia Aziz lepas sesi rakaman Gempak TV minggu lalu #dominasibbnu #sembangentertainment ♬ original sound - Gempak
Ajoi pula membidas kenyataan Lia dan memberitahu masing-masing mahukan spotlight tatkala menyertai pertandingan.
Pelik betul, takkanlah belum apa-apa lagi dah ada perbalahan dalam kalangan peserta? Pertandingan pun tak jalan dan berkelahi?
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, jangan lupa saksikan jawapan di sebalik ‘pergaduhan’ manja itu menerusi Gempak TV Rabu ini pukul 9.30 malam.
Big Stage 2022 bakal diserikan dengan peserta-peserta berbakat besar seperti Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Lebih menarik, dua peserta dari luar negara Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia) turut terlibat pada musim kali ini.
Big Stage 2022 bakal bersiaran bermula 6 Februari depan di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.
Must-Watch Video