Laman Utama
Big Stage 2022: 'Tersungkur' Di Minggu Ke-7, Ajoi Zainal Gagal Mara Ke Minggu Final
Penyanyi Ajoi Zainal menjadi bintang Big Stage 2022 terakhir yang tersingkir pada konsert minggu ketujuh yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Ajoi yang mendapat markah sebanyak 76.10% sekali gus gagal meneruskan perjuangan ke minggu final yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Ajoi yang menyanyikan dua buah lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan dan pusingan battle Di Alam Fana Cinta (Fotograf) gagal memuaskan hati juri.
“Banyak low notes tak sampai…” begitu kata Ajai selaku Juri Tetap.
Daniel Chuer pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan ketujuh inj dengan markah sebanyak 93.00%.
Berikut merupakan jumlah markah yang diterima oleh setiap peserta:
1. Daniel Chuer - 93.00%
2. Aisha Retno - 87.80%
3. Yazmin Aziz - 79.30%
4. Elica Paujin - 77.40%
5. Ajoi - 76.10%
6.Tegar Septian - 65.10%
Dalam pada itu, Aisha Retno menerima anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up pada minggu ini.
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh penyanyi Adlin Aman Ramli dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Lima peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Tegar Septian, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Must-Watch Video