BERITA
Big Stage: Wani Kayrie Tak Akan Tiru Penyanyi Asal
Penyanyi Wani Kayrie akan mencorakkan lagu yang telah dipilih untuk persembahan akan datang dalam pentas Big Stage supaya tidak nampak seperti meniru penyanyi asal.
Menurut Wani, dia akan meneruskan perjuangan pada minggu kedua lagu cover Akan Ku Tunggu (Candy) sempena tema Lit Throwback.
"Pada minggu hadapan, hanya saya dan Tajul yang akan menyanyikan lagu rancak tetapi lagu yang saya dapat versi rock.
"Saya tidak akan membawa lagu dalam versi rock seperti penyanyi asal, Candy. Saya merancang untuk mencampurkan genre lagu yang berlainan iaitu jazz ke rock," katanya.
Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 18, ingin menebus kekecewaan kerana gagal menyertai World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2018 sekaligus tidak ingin dipandang rendah kerana dia merupakan peserta paling termuda di Big Stage.
Selain Wani, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hazel, Sarah Suhairi dan Sissy Iman.
Rancangan Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.myuntuk segala informasi mengenai program ini!
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Must-Watch Video