Selepas sesi ‘memanaskan badan’ pada minggu ketiga Big Stage 5 minggu lalu, pertempuran sebenar para bintang bakal bermula malam ini.

Minggu ketiga Big Stage 5 menyaksikan 12 bintang yang masih bersaing iaitu Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Bertemakan Asmaraloka, ini lagu-lagu yang akan dinyanyikan bintang Big Stage 5 malam nanti:

1.Nadeera Zaini - Rahmatun Lil’Alameen (Maher Zain)

2.Aufahanie - Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)

3.Puteri Khareeza - Satu (Dewa)

4.Naufal Azrin - Only (Lee Hi)

5.Firdaus Rahmat - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)

6.Putera Muhammad - True Love (Dhany Katahati)

7.Meer Nash - Hari Ini (Hael Husaini)

8.COEX - Touch (Lilttle Mix)

9.Dem Lepak Boyz - Inikah Cinta (ME)

10.Waode - Sang Dewi (Lyodra)

11.Farhan Shah - Dari Mata (Jaz)

12.Hoondoo - Can’t Help Falling In Love (Elvis Presley)

Terdahulu, Isaac Voo menjadi bintang pertama yang tersingkir di konsert kedua Big Stage 5.

Penyingkiran Isaac itu adalah menerusi Imuniti X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).