Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum konsert Big Stage 5 di minggu keempat berlangsung.

Minggu keempat ini menyaksikan 11 bintang yang masih bersaing iaitu Firdaus Rahmat, Meer Nash, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Bertemakan Hari Jiwa Galau, ini lagu-lagu yang akan dinyanyikan bintang Big Stage 5 malam nanti:

1.Nadeera Zaini - Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)
2.Aufahanie - Sisa Rasa (Mahalini)
3.Puteri Khareeza - Saat Hilang Cintamu (Siti Sarah)
4.Firdaus Rahmat - Galau (Five Minutes)
5.Putera Muhammad - Kini (Feminin)
6.Meer Nash - Rapuh - Nastia
7.Coex - Pulang (Imsomniacks)
8.Dem Lepak Boyz - Hingga Tua Bersama (Rizky Febian)
9.Waode - Hurt (Christina Aguilera)
10.Farhan Shah - Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
11.Hoondoo - Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)

Terdahulu, Isaac Voo dan Naufal Azrin merupakan dua bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).