Konsert minggu kelima ini bakal menyaksikan persaingan sengit 10 bintang Big Stage 5 merebut peluang untuk mara minggu seterusnya.

10 bintang yang dimaksudkan itu adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Bertemakan High School Crush, ini lagu-lagu yang akan dinyanyikan bintang Big Stage 5 malam nanti:

1. Nadeera Zaini - Engkau Bagaikan Permata (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

2. Aufahanie - Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)

3. Puteri Khareeza -Never Say Never (Justin Bieber ft Jaden)

4. Firdaus Rahmat - Cuba (Faizal Tahir)

5. Putera Muhammad - Bintang Di Syurga (Peterpan)

6. Coex - G.I.G (Elite)

7. Dem Lepak Boyz - Benci Bilang Cinta (Radja)

8. Waode - Janji Manismu (Datuk Aishah)

9. Farhan Shah - Tenda Biru (Desy Ratnasari)

10. Hoondoo - This Love (Davichi)

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap manakala juri jemputan pula akan membantu setiap minggu.

Bintang yang tersingkir setakat ini adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).