Laman Utama
#BIGSTAGE5: Imuniti-X Selamatkan Dem Lepak Boyz, Farhan Shah Tersingkir! Semak Markah Penuh
Penyanyi kelahiran Singapura, Farhan Shah menjadi peserta keempat tersingkir daripada rancangan realiti hiburan popular Big Stage 5.
Farhan yang menyanyikan lagu Fighter (Christina Aguilera) tersingkir menerusi Imuniti-X yang dipilih oleh juri tetap menggantikan Dem Lepak Boyz.
“Kami yakin penyanyi ini akan lebih menyinar di luar pentas Big Stage, penyingkiran ini bukannya pengakhiran,” kata Aina.
Akur dengan keputusan terbabit, Farhan menyifatkan penyingkirannya dari pentas Big Stage 5 sebagai permulaan untuk kariernya di Malaysia.
“Walaupun perjalanan saya di Big Stage 5 sudah berakhir, ini hanya permulaan muzik saya di Malaysia. Saya akan menghasilkan lebih banyak lagu,” ujarnya.
Bertemakan Wow-Wa Whats Next, 10 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Datuk Sri Rossa.
Minggu ini, Putera Muhammad memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional. Pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000.
Rezeki turut berpihak pada Putera Muhammad yang turut memenangi Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional.
1. Waode - 95.67%
2. Putera Muhammad - 85%
3. Nadeera Zaini - 93.33%
4. Hoondoo - 87.67%
5. Puteri Khareeza - 82.67%
6. Coex - 82.33%
7. Aufahanie - 71.67%
8. Dem Lepak Boysz - 70.67%
9. Farhan Shah - 64%
10. Firdaus Rahmat - 61.33%
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video