Jika masih dingat pada minggu lalu dua hos Big Stage ada menyanyikan lagu milik pesohor Ziana Zain.

Untuk pusingan suku akhir, Rina Nose dilihat telah ‘menyambut’ cabaran daripada Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom untuk membawakan lagu bernada tinggi milik kakak kepada penyanyi Anuar Zain tersebut.

Kak Lina mahu Rina Nose menyanyikan salah satu hit Ziana yang memang terkenal dengan nada tingginya, Madah Berhelah.

BACA: #BIGSTAGE5: Alamak Kali Ini Pilihan Juri Lah Pulak! Jom Semak Senarai Penuh Lagu-Lagu Minggu Ini

Tanpa ragu-ragu, hos kelahiran Indonesia tersebut mendendangkan permulaan Madah Berhelah sebelum Ziana Zain muncul di atas pentas dan menyambung nyanyian sehingga ke akhir lagu.

Kemunculan Ziana yang cantik berbusana merah disambut penuh riuh rendah oleh penonton yang berada di MBSA.

Ramai yang terkejut sekaligus teruja dengan kemunculan Ziana Zain yang kemudian duduk di kerusi juri jemputan pada pusingan suku akhir Bigstage.

“Minggu lepas kita seru, minggu ini Ziana Zain datang jadi juri jemputan,” ujar Kak Lina sambil disambut sorakan penonton.

Selain Ziana, pelakon Ana Jobling dijemput sebagai Presiden Netizen. Bigstage masih diterajui dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul.