Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: "Nak Menari Pun Segan, Apa Lagi Buat Hal Bukan-Bukan" - Wawa Zainal Tak Nak 'Over', Yakin Dengan Wawa Cosmetics

gempak
Amri Hassan
13/06/2023
05:26 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: "Nak Menari Pun Segan, Apa Lagi Buat Hal Bukan-Bukan" - Wawa Zainal Tak Nak 'Over', Yakin Dengan Wawa Cosmetics
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal tidak mahu bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca TV biarpun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.
"Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.
"Kalau ada yang cakap kenapa saya tak 'kecoh' macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat 'hal' yang bukan-bukan.
"Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai," katanya.
Menariknya, pentas Big Stage juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.
"Semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.
"Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.
"Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian," katanya.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Datuk Seri Rossa.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024