Juri tetap Big Stage 5, Ajai menjelaskan segala apa yang berlaku di atas pentas melibatkan dirinya bersama dua hos popular iaitu Rina Nose dan Elly Mazlein adalah secara spontan.

Menurut Ajai, sebagai seorang anak seni, dia perlu pantas menyesuaikan diri dengan situasi mengejut selain mempunyai dua karakter yang berbeza.

“Saya ada dua karakter, satu sebagai penghibur, apabila saya dipanggil untuk menghiburkan orang jadi itu adalah saya.

“Satu lagi apabila bekerja untuk menjuri dan mengira markah, maka saya akan tukar karakter saya. Bukan kena paksa tapi itu secara neutralnya memang saya.

“Tidak boleh lah kita nak bawa gaya juri dekat atas pentas, siapa yang nak tengok muka ketat. Saya hanya menjadi seorang yang sporting.

“Sebab saya sebagai seorang penghibur memang begitu. Bukan saya nak ambil lame light atau apa, semuanya berlaku secara natural,” katanya ketika ditemui Gempak.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Mengulas mengenai aksi bergelek bersama Rina Nose, Ajai berkata situasi itu memang tidak dirancang.

“Mengenai gelek itu pun tidak dirancang, saya tahu tarian itu pun sebab tengok mereka berdua selalu lakukannya di atas pentas.

“Malah saya pun tidak pernah terfikir dia nak menyanyi lagu itu. Semuanya memang secara spontan,” ulasnya.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin, Meer Nash, Farhan Shah dan Coex merupakan bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).