Penampilan pelakon Wawa Zainal di minggu kedua Big Stage 5 menjadi perhatian netizen.

Wawa yang menggayakan busana hitam putih telah mendapat teguran daripada netizen yang mendakwa pakaian itu tidak sesuai digayakan oleh wanita bertudung.

Ini kerana kata netizen busana itu kelihatan terlalu sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan Wawa terutamanya pada bahagian perut dan dada.

“Wawa tolong jangan ketat sangat baju tu…,” tulis seorang netizen beserta emoji sedih.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)


Tidak cepat melatah, Wawa bagaimanapun menerima teguran itu dengab baik.

Malah kata Wawa, dia akan cuba memperbaiki penampilannya di minggu hadapan.

“Baik sis. Next next week will improve,” tulis Wawa di ruangan komen.

Disebabkan itu juga, netizen memuji sikap Wawa yang tidak cepat sentap dan sanggup mempertimbangkan nasihat orang lain demi kebaikan.


Untuk info, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel merupakan penaja Big Stage 5 menerusi jenama mereka, Wawa Cosmetics.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).