Kisah Nobita yang merentas masa untuk kembali bertemu dengan neneknya dalam filem animasi Stand By Me Doraemon 2 terus mendapat komen positif dan pujian penonton.

Bukan hanya peminat setia Doraemon, ramai juga penonton baharu yang tersentuh dengan jalan cerita filem animasi terbabit yang pertama kali ditayangkan di kaca televisyen menerusi saluran Astro First sejak 4 November lalu.

"Dah tonton Stand By Me Doraemon 2, kenapa aku masih menangis ni?"

"Berhasil bikin banjir air mata.

"Aku nak remind korang yang nak layan filem ni sediakan tisu banyak-banyak!" tulis beberapa pengguna di laman sosial.

Filem Stand By Me Doraemon 2 merupakan filem sekuel Stand By Me Doraemon yang pernah diterbitkan pada tahun 2014.

Filem ini telah pun ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya menjadi filem kedua dengan kutipan box office tertinggi di Jepun pada minggu pembukaannya, di samping tersenarai dalam top 10 filem kutipan paling tinggi di Jepun untuk tahun 2020.

Stand By Me Doraemon 2 mengisahkan kehidupan Nobita yang merentas masa lampau untuk bertemu neneknya, dan kemudian mendorong Nobita dan Doraemon untuk melihat Nobita sewaktu dewasa di saat bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan Shizuka.

Stand By Me Doraemon 2 ditayangkan pertama kali di kaca televisyen menerusi saluran Astro First 480.

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran