Begitulah rentetan hidup seorang wanita bergelar Nur Fathia Abdul Latiff ini. Selepas satu demi satu kontroversi ditimbulkan, kali ini dia muncul kembali 'menelanjangkan' dirinya untuk tatapan netizen.
Mendakwa pelakon Aiman Hakim Ridza tidak membayar hutangnya dengan memuat naik sekeping gambar pelakon tersebut, termasuk caption memanggilnya dayus (dayus detected).
Baca artikel: "Duit Aku Bila Nak Bayar?"
Kalau sebelum ini, segelintir artis-artis memanggil netizen dengan gelaran makcik dan pakcik bawang, Fathia adalah penunjuk besar makcik bawang bergelar artis. Tidak pernah ada rasa malu apabila dia memuat naik gambar-gambar tidak senonoh atau menjatuhkan rakan artis lainnya di laman sosial beliau.
Baca artikel: Sharifah Sakinah Tampil Backup Aiman
Masuk pula Sharifah Sakinah untuk mempertahankan sahabatnya, Aiman. Bukan setakat menafikan, malah turut menasihati Fathia supaya menjauhkan diri daripada telefon bimbit bila dalam keadaan marah, mabuk atau khayal (super angry, drunk or high). Telanjang lagi perangai segelintir artis di mata netizen.
Menambah lagi perisa, Fathia menjawab pula bertanya kenapa Sharifah Sakinah tidak post ke Instagram ketika mabuk-mabuk bersama aiman. Lagi telanjang hidup mereka!
Baca artikel: Fathia Ajak Michael Ang dan Sharifah Sakinah Bersemuka
Masuk pula Michael Ang memberikan nasihat, tetapi Fathia mengambil pendekatan paling mudah iaitu menjadi pembuli di Instagram dengan meletakkan hashtag #SIGEMOK pada jawapannya untuk Michael Ang.
Jadi siapa Fathia Latiff ini sebenarnya? Secara kasarnya saya boleh katakan, pakaian tidak melambangkan peribadi. Antara contoh mengapa artis dipandang dari sisi yang rendah, walaupun bertudung dan cuba melakukan perubahan diri.
Saya melihat sisa-sisa seorang anak seni yang sudah tidak tahu kedudukannya. Ketika ini, jangan salahkan netizen atau memanggil sesiapa makcik atau pakcik bawang kalau diri sendiri pembawang paling teruk.
Segalanya ditelanjangkan oleh diri sendiri tanpa ada rasa malu atau bersalah. Orang biasa pun tidak minta hutang melalui media sosial.
Nasihat ikhlas saya pada Fathia, kalaupun anda tidak mahu memikirkan tentang diri anda, sekurang-kurangnya fikirkanlah tentang ibu bapa anda. Orang yang anda berbintikan! Fikirkan perasaan dan hati mereka!
Pada para selebriti yang mahu melakukan perubahan diri kepada yang lebih baik, berubahlah dulu dari dalam, baru perbetulkan yang luaran. Kerana kalau berimej muslimah, tetapi perangai hauk, hanya akan menjatuhkan darjat agama sahaja, sedangkan agama itu sungguh indah.
p/s: Duit main saham rupanya.
Baca artikel: "Aku Tak Pernah Hutang Sesiapa" dan terbaru: Dedah Perbualan Whatsapp
Jumpa lagi!
Bila Badrul Bicara
Kredit gambar: Instagram
Badrul Hashim
Fri Sep 21 2018
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.