Laman Utama

"Bila Bercuti, Jangan Berkira Sangat!" - Aeril Zafrel Tak Rasa Harga Stik Salt Bae RM10,000 Mahal

gempak
Amri Hassan
08/07/2022
07:49 MYT
Sponsor Banner
"Bila Bercuti, Jangan Berkira Sangat!" - Aeril Zafrel Tak Rasa Harga Stik Salt Bae RM10,000 Mahal
Pelakon kacak Aeril Zafrel tidak menganggap harga makanan di restoran terkenal dunia, Salt Bae yang mencecah RM10,000 bersifat mahal.
Kata Aeril, harga yang dikenakan termasuk caj tersembunyi untuk hidangan stik mewah itu berbaloi dengan rasa dan servis yang ditawarkan.
"Sebenarnya harga dia biasa saja. Tapi sebab kita tukar currency (mata wang), itu yang nampak mahal. Ada hidden charge (cas tersembunyi).. dia tabur garam dan potong daging dah RM1000.
"Untuk momen itu bukan senang kot sebab Salt Bae kira top in the world. Rugi juga kalau tak rasa. Pengalaman tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
"Restoran Salt Bae satu dunia ada, jadi kalau saya pergi Turki, memang akan pergi lagi. Memang sedap, tak pernah makan stik sesedap itu.
"Bila kita pergi bercuti, sebenarnya kalau berkira sangat baik tak payah pergi. Saya pun bukan guna duit sendiri, kongsi dengan kawan-kawan," katanya kepada Gempak.
Aeril ditemui pada majlis tayangan perdana filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.
Bagaimanapun Aeril enggan mendedahkan secara terperinci nilai percutiannya bersama beberapa rakan lain ke luar negara baru-baru ini.
"Kami bukan mewah beli barang tapi sebab last minute. Itu yang banyak habis duit. Contoh dekat Switzerland kos tempat tinggal dan pengangkutan dah RM40,000.
"Kami terkejut juga pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan saja dah RM5,000.
"Untuk makan tengah hari saja bagi tujuh orang jumlahnya dalam RM1000. Itu pengalaman pertama kami jadi banyak yang dipelajari. Selepas ini kalau nak pergi Switzerland bawa Brahim ja (seloroh)," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live