Skip to main content

Berita Tempatan

"Bila Dah Meraih Populariti, Sekarang Tibalah Masa Untuk..." - Scha Alyahya

scha-newbefunky-collage.jpg
Aktres jelita, Scha Alyahya ingin seimbangkan populariti dan aktiviti amal memandangkan dia telah berjaya menempatkan nama dalam industri hiburan.

Menurut Scha, dia berasa tenang setiap kali terlibat melakukan aktiviti amal terutamanya membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Setelah beberapa tahun berada di dalam industri dan saya telah meraih populariti, sekarang tibalah masa untuk saya seimbangkan dengan aktiviti amal kebajikan.

"Jika sekadar ada populariti tapi tak melakukan kebaikan, saya akan rasa ada kekurangan pada diri saya.

"Membantu golongan yang kurang bernasib baik sentiasa membuatkan saya tenang, at least i have something to give to the community," katanya kepada Gempak.

Scha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan dan pengacaraan.

Pada 4 Mei 2012, Scha mendirikan rumah tangga bersama hos popular, Awal Ashaari dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini hampir berusia lima tahun.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement